PENJENAMAAN SEMULA EKSA


EKSA, singkatan kepada Ekosistem Kondusif Sektor Awam telah diperkenalkan bagi penjenamaan semula 5S. Justeru dalam garis panduan ini, nama EKSA akan digunakan bagi menggantikan nama 5S.
Selain daripada itu, EKSA juga memperkenalkan model penilaian dan pengauditan baharu yang merangkumi Kriteria Generik dan Kriteria Khusus dengan turut mengambil kira kepelbagaian premis agensi Kerajaan mengikut jenis-jenis perkhidmatan yang diberikan. Pendekatan one-size-fits-all yang dipraktikkan sebelum ini kurang memadai untuk memenuhi kepelbagaian agensi Kerajaan pada masa ini. Justeru, penilaian Eksa ini akan disesuaikan mengikut lokaliti agensi yang diaudit.

 
TUJUAN PENJENAMAAN SEMULA :

Menampilkan imej baru
Kekal relevan
Mempunyai identiti tersendiri
Meningkatkan persaingan di kalangan agensi
Memenuhi keperluan semasa
 
 
OBJEKTIF BAGI PENJENAMAAN SEMULA :

Dapat menampilkan imej korporat
Mewujudkan persekitaran kerja yang kondusif
Melahirkan warga kerja yang lebih kreatif dan inovatif
Mempertingkatkan penjimatan tenaga seta kitar semula (Go Green)


FAEDAH MELAKSANAKAN EKSA :
 
Mewujudkan persekitaran tempat kerja berkualiti (bersih, kemas dan rapi)
Mempertingkatkan kecekapan dan keberkesanan pengurusan organisasi
Mengenalpasti, mengurang dan menghapuskan pembaziran
Meningkatkan imej agensi sektor awam
Menjana idea kreatif di kalangan warga JKDM
Meningkatkan semangat kerja berpasukan
 
 
SHARE
  • Image
  • Image
  • Image
  • Image
  • Image
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment